Mon 1 Feb 2010
Pada tahun 2007, 4 juta rakyat Malaysia terlibat dalam MLM yang melibatkan jualan sebanyak 5.6 billion. Ini meletakkan Malaysia sebagai negara ke-3 paling banyak terlibat dalam MLM selepas Jepun dan Taiwan. What a fancy number!
4 juta rakyat Malaysia tersebut melibatkan yang menjalankan MLM secara part-time atau full-time. So, apa masalahnya dengan MLM di Malaysia? Tidak lah teruk sangat MLM ni di hati rakyat Malaysia kan. Ini menunjukkan rakyat Malaysia masih memerlukan MLM sebagai pendapatan sampingan atau pendapatan full time mereka. Betapa bergunanya MLM di Malaysia, termasuklah buku pun turut dijual secara MLM di Malaysia!
Ramai yang dah menjadi jutawan dengan MLM di Malaysia ni. So, apa kata kalau kita yang telah termasuk dalam angka 4 juta tu ambil peluang kepesatan MLM di Malaysia untuk menjadi jutawan juga. Yes, why not? Kalau upline atau rakan-rakan kita boleh jadi jutawan dengan MLM, mengapa tidak kita?
Saya memperolehi satu tips dari salah seorang jutawan MLM yang sebenarnya ramai pengusaha MLM dah tahu, iaitu 1 YES cure 20 NOs. Tips ini kena diulang banyak kali kerana kita mudah lupa. Apabila ramai sangat orang yang kita approach said NO, kita akan mula longlai dan lemah kepala lutut. Terus rasa give-up, muka merah padam dan bad mood, terus nak salahkan orang lain sebab menerima terlalu banyak rejection! La, ingat nasib kita bergantung kepada effort kita sendiri, bukan bergantung kepada upline kita si Rokiah, Ahmad, Ah Cheong atau sesiapa pun.
Rejection ni biasalah untuk pengusaha MLM, tetapi kita boleh adjust rejection ni kerana pengusaha MLM ni mobile (bergerak ke serata tempat). Kalau di tempat A tak berhasil, pergi ke tempat B, kalau tempat B tak berhasil pergi ke tempat C. Kalau ayat A tak sesuai, guna ayat B, kalau ayat B tak cukup bagus, tukar ke ayat C. Tetapi macam mana dengan pengusaha restoran (saya ambil contoh sahaja ya) yang perlu stay di sesuatu tempat? Kalau tempat tu tak strategik, boleh nak pindah sesuka hati? Deposit sewa kedai 4 bulan dah bayar, deposit air dan elektrik 2 bulan dah bayar. Boleh nak pindah sesuka hati? Paling tidak, kena bertahan di tempat tak strategik tu selama 6 bulan dengan mengharapkan keadaan akan berubah (pelanggan datang ke restoran tersebut).
So, katakan anda menerima banyak sangat rejection, jangan give up, teruskan mencari lagi sebab Insyaallah mahu tak mahu ada yang akan berkata YES! Inilah saat paling manis apabila menerima jawapan YES yang berkualiti. Tak percaya? Tanyalah mana-mana jutawan MLM pun, mereka memang ’berkulit tebal’ dan dah biasa dengan rejection. Tetapi yang bagusnya mereka bertahan, berusaha dan akhirnya berjaya dan kaya-raya! So, kita pun boleh melakukannya. Everyone can!
Wassalam and regards!
March 18th, 2010 at 4:16 pm
RM 5.6 billion bagi 1.4 juta orang apakah sangat banyaknya..jika dibahagi sama rata, seorang cuma dapat jualan RM1,400. jika dibahagi 12 bulan, cuma purata RM 117 sahaja.
itu menunjukkan MLM boleh dilakukan secara part-time sahaja..tidak secara full-time. itu PURATA..
tapi jutawan tu lainlah..mungkin 0.001% sahaja dari 4 juta orang tu..maknanya 1 dalam 1000 orang atau hanya 4,000 ribu orang memiliki 99% dari 5.6 billion itu?iaitu setiap seorang millionaire MLM memiliki purata jualan RM 1,386,000..
itu statistik..
adakah anda dalam kalangan jutawan tersebut?
Peluang is not ‘static’.. contohnya jika anda ada seekor kambing yang anda beli RM 500. katakan dia boleh beranak sembilan kali dalam hayat(6 tahun), setiap kali beranak 2 ekor, bermakna 18 ekor x RM500=RM 9,000
bermakna pulangan setahun (9000-500-5000)/(5500*6)= 11%
pelaburan kasar purata 916 setahun mendapat pulangan 101 setahun. jualan purata setahun RM1,500.
jadi tak banyak bezanya ngan perniagaan part time MLM. cuma, kos lain-lain RM 5,000 yang menentukan ‘hidup atau mati’ business berkenaan. disamping faktor lain boleh mengurangan keuntungan..
untuk menjadi jutawan MLM, dia perlu meningkat sales dari 1,400 ke 1,386,00 tapi bagi penternak, dia hanya perlu induk dalam 154 ekor sahaja.
jadi ada pro and cons la..MLM tak payah keluar modal banyak tetapi usaha perlu 20 kali ganda usaha penternak..sedangkan penternak perlu modal besar (154*500= RM77,000 hanya untuk induk sahaja, belum lagi kos kandang dll).
Bagi saya tiada bezanya, cuma modal vs usaha shj..kalau ada modal, tak payah buat MLM
March 18th, 2010 at 6:14 pm
Haha… komen yang bagus daripada ASZ! yes, MLM nak start berniaga modalnya kecil, tapi usaha kena kuatlah dan kebanyakkan orang, bagaikan sudah kaya apabila join MLM, tak buat apa-apa atau kurang usaha, alamatnya gagal dan lepas itu blame MLM scam dan tidak bagus.
Setiap perniagaan atau pelaburan mempunyai risiko sebenarnnya. Tinggi risiko, tinggilah pulangannya.
July 19th, 2010 at 10:29 pm
AZS, adakah tidak ada risiko kambing mati dalam masa 6 tahun tu? takda risiko ke menjadi penternak kambing? mengikut pengalaman saya menternak kambing, tidaklah semudah seperti yang encik AZS katakan tadi..ingat mudah ke ternak kambing?? jangan main2 kan kami selaku penternak kambing okay..
Ada modal, takda ilmu buat apa pun tak jadi.
Tapi kalau kita ada, modal sikit, buat bisnes apa2 pun jadik..tak gitu encik AZS? yang penting gunakan akal..
soalan saya, adakah anda penternak kambing encik AZS?
July 19th, 2010 at 10:36 pm
Betul tu, En. Penternak kambing berjaya.. Ada modal tak de ilmu, buat ape pun tak jadi. Gunakan akal fikiran.
Lupa pulak nak jawab soalan AZS, adakah saya dikalangan jutawan tersebut? hehe.. jawapan saya, YA.. ingin tahu rahsianya… join la MLM, modal kecil, keuntungan yang besar.
July 29th, 2010 at 12:50 pm
Salam owner blog, boleh saya copy artikel2 dlm blog ni ke web saya? saya akan letak URL blog tuan sebagai sumber rujukan.
August 2nd, 2010 at 12:55 am
Amat dialualukan. Boleh… cuma letakkan URL website kami sahaja :)
August 3rd, 2010 at 2:53 am
1 yes 20 no nie mmg kena sematkan dlm dada..