Macam mana? Sudah baca artikel saya mengenai Jelmakan matlamat anda 3D? Kalau sudah baca, BAGUS! Kalau belum, bacalah, tidak rugi apa pun. Ok, hari anda adalah hero atau heroin di dalam drama anda. Drama anda? Ya, anda mempunyai drama. Sebenarnya sebelum ini anda adalah penulis skrip (menulis matlamat), anda juga adalah pengarah (ingin realisasikan matlamat) dan sekarang anda HERO atau HEROIN! Sebab itu sekarang anda mesti belakon supaya anda boleh jadi SUPERSTAR!

CUT!
Anda mesti belakon mengikut skrip anda. Tetapkan matlamat akhir anda, Jika tidak puas hati, buat balik. CUT! Semak balik skrip. Selepas itu buat balik. Selagi anda tidak puas hati, selagi itu anda buat sampai berjaya. Jangan putus asa. Jika anda tidak tahu atau skrip anda masih berkecamuk. Ikut langkah-langkah ini! (Tips M.A.S.T.E.R dari Hanzo Ng, Sales Ninja)

M:eet People
A:sk Questions
S:ell Benefits
T:
ackle Objections
E:ncourage To Buy <- closing! (kalau tidak Berjaya, CUT!. Buat balik!)
R:elationship Building

Apabila anda Berjaya closing, anda telah menghasilkan drama yang baik. Teruskan usaha untuk menghasilkan episod yang seterusnya. Tidak ada closing maknanya tiada jualan, tiada cerita. Hendak tahu bagaimana untuk closing, ikuti artikel Tips MLM selepas ini.

Jika anda tidak mampu berlakon menjadi HERO, matikanlah saja watak anda di dalam cerita anda itu (macam selalu yang dilakukan dalam drama bersiri) dan anda tidak akan menjadi SUPERSTAR di dalam drama anda. Apatah lagi bila anda buat filem.