Assalamualaikum,

Apa khabar kepada para pembaca Perfect Excel? Tahniah kerana anda telah menemui bulan April dan dipanjangkan umur. Semoga pekerjaan anda lancar dan azam awal tahun 2010 telah dilaksanakan (walaupun belum beres, maklumlah masih awal tahun). Agak lama saya tak menulis kerana menyelesaikan tesis akhir Ijazah Doktor Falsafah saya (Polymer Chemistry). Sekarang bolehlah menumpukan kepada perniagaan. Insyaallah.

Tahukah anda di Malaysia bepuluh-puluh syarikat MLM didaftarkan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Koperasi Kepenggunaan dalam sehari? Betapa banyaknya syarikat MLM wujud di Malaysia. Kita sebagai individu yang bijak haruslah memilih syarikat mana yang sesuai untuk long survival dalam MLM yang disertai.

latecomer

Ada satu fenomena di kalangan peserta MLM di Malaysia, iaitu berebut-rebut menyertai syarikat MLM yang baharu muncul dengan alasan siapa jadi orang paling atas, dia akan lebih kaya berbanding orang-orang yang lewat tanda tangan borang keahlian. Sesiapa yang melepaskan peluang sertai pada awal penubuhan syarikat MLM tersebut, diramalkan dan dijangka akan terlopong serta menyesal habis melihat kawan-kawan yang awal-awal lagi sudah tanda tangan keahlian sudah menjadi jutawan MLM!

Benarkah begitu?

Jawapannya benar jika syarikat tersebut mempunyai pelan pemasaran yang tidak adil. Perniagaan MLM yang adil dari segi pembayaran bonus atau royalti tidak mengira sama ada anda sertai syarikat MLM itu semenjak awal penubuhan atau setelah berbelas tahun ia beroperasi. Anda tetap berpotensi menjana jutaan ringgit walaupun sudah berpuluh ribu orang menyertai syarikat MLM tersebut.

Mengikut pandangan peribadi saya, saya lebih tertarik dengan syarikat MLM yang sudah lama beroperasi, kalau boleh sudah menjangkaui puluhan tahun kerana saya boleh menyiasat sejarah-sejarah lama syarikat MLM tersebut melalui internet. Adakah syarikat tersebut mempunyai rekod buruk dari aspek pengurusan, pelan pembayaran, produk, testimoni pengedar dan sebagainya. Kalau boleh semak semua forum yang berkaitan dengan syarikat MLM tersebut. Setelah saya yakin dan benar-benar berpuas hati bahawa syarikat MLM tersebut ’bersih’ dari segala sejarah-sejarah hitam, baharulah saya sertai syarikat tersebut sepertimana syarikat MLM yang saya sertai sekarang. Mudah kan untuk menjadi jutawan dalam MLM? Ia bukan mengenai siapa cepat sertai atau lambat sertai syarikat MLM tersebut. Tetapi ia bergantung kepada reputasi syarikat MLM itu sendiri sama ada boleh membawa anda ke puncak kejayaan dalam perniagaan MLM! Pilihan terletak pada kebijaksanaan anda, selamat berjaya!