Fri 18 Dec 2009
Sudah lama betul tidak menulis mengenai MLM. Hari ini tajuk yang sangat mudah. Saya rasa semua orang yang pernah bergiat di dalam MLM pun tahu, bagaimana caranya.
Bagaimana anda menjana pendapatan melalui MLM?
Di dalam skim piramid yang haram (hanya mencari ahli, tiada produk), anda akan memperolehi pendapatan daripada yuran kemasukan ahli baru yang anda taja. Di dalam skim MLM yang sebenar anda memperolehi pendapatan melalui jumlah VOLUME yang anda hasilkan di dalam sesuatu bulan. Jika, volume banyak, bonus anda pun banyak.
Segala komisen yang diberikan akan berpandukan dengan volume produk yang telah dijual kepada pengguna, tidak kisahlah pengguna itu ahli ataupun tidak, yang paling penting produk itu digunakan. Selain daripada kerja ini, kita hanyalah buat-buat sibuk. Kita akan dibayar jika kita menghasilkan volume. 3 cara untuk mendapatkan volume:-
- Jualan runcit
- Jualan borong
- Sponsor pengedar baru
Itu sahaja. Inilah caranya untuk kita menjana pendapatan melalui MLM. Tiada cara yang mudah.