Tue 27 Oct 2009
Assalamualaikum,
- DON’T WASTE YOUR TIME OR MINE IF YOU DON’T DARE TO GIVE COMMITMENT IN MLM
Seringkali kita mendengar ayat ini:
Saya dah join 5 jenis MLM, tapi tak ada satu pun yang berjaya, buat penuh sales kit aje dalam stor saya, MLM ni tak boleh buat saya kaya!
Oh, dahulu hati saya terguris mendengar ayat ini. Tetapi sekarang tidak lagi kerana saya dah dengar ayat ni dari ribuan orang Melayu. Beginilah dahsyatnya persepsi mereka tentang MLM di Malaysia.
Balasan untuk ayat tadi ialah – Ada banyak faktor menyebabkan anda belum berjumpa MLM yang boleh buat anda berjaya/ kaya ANTARANYA:
1) Kelima-lima MLM tu tak genuine dari segi produk (boleh buat repeat sale tak produk tu? Adakah produk tu berguna ALL TIMES for EVERYBODY?), pelan pemasaran (ada royalti dan bonus organisasi tak MLM tu? Jika ya, that MLM can make you RICH friend!) dan adakah syarikat itu benar-benar kukuh dari segi kewangan dan sistem? So, lepas ni kalau nak join mana-mana MLM, study dahulu perkara-perkara penting ini. Jangan lihat bakal upline naik Mercedes, awak terus sign jadi ahli J.
2) Kalau lah PRODUK, PELAN PEMASARAN, SYARIKAT dan SISTEM syarikat MLM tu dah cantik, dah molek, dah terbukti bagus, TETAPI anda masih lagi tak berjaya, tak kaya-kaya maksudnya siapa yang salah? Yang salah ialah ’MYSELF’. Ingat, nak jadi businessman yang pro, jangan sekali-kali menyalahkan orang lain atas kegagalan kita. Ia akan menampakkan lagi kebodohan kita dalam menjalankan perniagaan.
3) Kalau ada yang mengeluh dah join berpuluh MLM tetapi masih tak berjaya, cuba tanya mereka semula, dah berapa lama anda bertahan dalam satu-satu jenis MLM tu? Yes, as what has been expected, mereka hanya sertai MLM yang kononnya buat mereka gagal tu tak sampai 1 TAHUN pun. Ya, baru 3 bulan, 6 bulan dah give up. Baru 9 bulan tak dapat jual produk, tak dapat cari networking, dah isytihar diri gagal dan mula mencari MLM lain. Mula memburukkan MLM yang kononnya buat mereka rugi dan gagal tu. Cuba fikirkan dalam masa yang singkat dalam sesuatu MLM, berapa banyak ilmu yang boleh anda pelajari? MLM adalah tempat untuk BELAJAR mengendalikan bisnes yang sebenar, tempat buat EKSPERIMEN tentang kemahiran dan bakat kita berniaga & akhirnya tempat MEMBINA KEKAYAAN. Semua ini perlukan masa bertahun-tahun kawan-kawan. Bukan 9-13 bulan. MLM bukan semudah yang disangka. Sebab itu, sesiapa yang serius dalam MLM, orang ini Insyaallah akan berjaya membina kekayaan tetapi tentunya mengambil masa yang agak lama. Jadi, kenalah sabar dan tabah.
Wassalam.
October 28th, 2009 at 1:41 pm
itu lah masalahnya. saya lebih prefer pada repeat sale utk product. tapi ramai penggiat MLM hari ni yang lebih tumpu pada cara buat duit. Bila orang tak dpt duit dalam 3 bulan, mulalah salahkan MLM.
October 28th, 2009 at 3:25 pm
Betul lah tu, fazli! Apa yang mereka nampak ialah bonus & komisen yang dapat pada akhir bulan. Mereka tidak sedar bahawa keuntungan dari jualan runcit – apatah lagi mempunyai repeat sales membuatkan mendapat income yang stabil setiap bulan. Apa2 pun, syabas kepada fazli! Teruskan kerjaya anda!
February 4th, 2010 at 11:46 am
saya telah menyrtai mlm ni sjak 2007,walaupun pndapatan agak rendah ttapi saya tidak berputus asa krana dengan ilmu perubatan yang dipelajari dalam mlm ini aku masih lagi boleh mencari wang sampingan…dalam mlm perlu kesabaran n muka tebal…
April 3rd, 2010 at 10:58 pm
sy bru je brjinak2 ngn mlm..msh byk yg perlu dipelajari lg..namun ape pndpt anda yg lebih brpenglmn tntg sistem binary..ada bonus penajaan n bonus pasangn’pairing’?
sbb sy tgk org lbh fokus atur org “downline” dari jual produk.
kemudian, ap itu e-dagang sbb ada sykt dkwa mereka edagang bkn mlm..adakah itu dagang n mlm itu sama?
April 4th, 2010 at 8:51 pm
Salam Asri, terima kasih atas komen anda. Nak tahu pasal sistem binari eh.. ni cume fahaman saya, yang saya belajar. Kalau ade yang tak betul, sesiapa saja boleh tambah atau betulkan kesilapannya.
Sistem binari – sponsor 2 pengedar di level 1.. jadi anda mempunzai 2 di level 1. 4 di level 2, 8 di level 3, 16 di level 4 dan seterusnya.. (n-level kuasa 2).. (right & left).
yang uniknya dalam sistem binari ini, anda sebenarnya dan kadang2 bukan sponsor pengedar pun. Kalau kat malaysia ini, pengedar boleh buka kedai, di mana kedai ini dipanggil ‘income center’. jadi anda boleh tambah income center anda berapa banyak anda suka tanpa mencari pengedar baru.
keunikan yg ke-2, anda boleh masuk di bawah organisasi anda sendiri.
keunikan yang ke-3, anda hanya mendapat bonus daripada volume yang sama dari kedua2 leg. jika ada lebihan, volume itu akan dimansuhkan. sebagai contoh, jika anda akan mendapat pendapatan RM1000 disebabkan volume left leg yg banyak, tetapi right leg anda tiada menyumbang volume, maka anda tidak akan mendapat apa2 bonus.
ikut pandangan saya, kebanyakan syarikat yg mengamalkan sistem binari ini banyak mendatangkan masalah. orang sanggup keluarkan duit banyak sbb nak naik pangkat, dapat komisen dan bonus kereta pada bulan pertama. ini menimbulkan masalah front loading atau stok yang berlebihan yang akhirnya merosakkan market.
Artikel mengenai E-dagang