Mon 2 Aug 2010
Tiada niat di dalam hati saya menulis artikel ini untuk bertelagah dengan anda dan mengubah pandangan anda mengenai MLM. Tidak kiralah anda suka MLM mahupun tidak, ramai rakyat Malaysia yang telah menceburi bidang ini. Kadang-kadang saya terfikir, jikalaulah kita semua dapat membincangkan topik MLM ini di mana sahaja tanpa golongan yang berfikiran negatif, alangkah indahnya perniagaan ini. Saya pasti, golongan yang negatif atau anti MLM lebih ramai daripada golongan yang betul-betul bergiat di dalam MLM. Walaupun panjang berjela saya tulis di dalam bab ini, mesti ada cuba mencari hujah untuk menentang kenyataan saya. Saya sanjung usaha murni mereka. Tetap dengan pendirian. Ataupun tiada seorang pun yang anti MLM yang baca artikel saya ini, maklumlah lihat sahaja perkataan M.L.M, cepat-cepat layari laman web lain, apatah lagi membacanya.
Golongan Anti MLM (GAM) ini mesti mempunyai beberapa sebab mengapa mereka tidak suka sangat dengan bidang ini. Dengar sahaja ada orang hendak datang menjual produk MLM, ramai-ramai pakat lari. Kadang-kadang, sanggup menipu yang mereka sudah beli. Macam-macam. Walaupun apa yang mereka lakukan, jangan salahkan mereka. Mereka belum faham. Mungkin kerana kurangnya pendedahan yang betul megenai MLM dan juga lebih banyak menerima informasi negatif berbanding positif, maka beberapa tanggapan mereka tidak berubah. Mereka tidak tahu, apa yang anda tahu. Perniagaan MLM ini merupakan paling kurang difahami dan seringkali disalah fahami.
Jika anda bertemu dengan golongan ini, bertenang dan jangan terlalu emosional. Jadi seorang yang professional. Anda jangan terlalu terburu-buru untuk menyangkal tanggapan mereka. Apa yang perlu anda lakukan ialah tanya mereka balik, apa yang mereka faham mengenai tanggapan mereka bersertakan fakta dan bukti. Tanya sahaja dan jangan menyangkal. Apabila mereka kekurangan idea dan tiada apa yang boleh menyokong mitos yang mereka gembar-gemburkan selama ini, anda bersedia untuk menerangkan apa yang anda faham. Anda perlu berasa tegas, yakin dan bersemangat dalam menetapkan pendirian anda dan mampu membentangkan fakta yang betul dengan mudah.
Pelik tapi benar. Apabila anda menyertai MLM, sebenarnya anda telah membina satu perniagaan yang besar di dalam hidup anda. Jadi, sebelum menyertainya, sekurang-kurangnya anda tahu bagaimana MLM beroperasi dan fakta-fakta ringkas mengenai sistem perniagaan ini agar segala pertanyaan dari rakan anda yang sangsi dengan sistem ini dapat dijawab secara professional. Ini menimbulkan kredibiliti anda di dalam bidang ini.
Tips! GAM ini bukanlah prospek yang perlu anda kejar. Cuma anda letakkan dalam list suspek anda sahaja. Jangan habiskan masa anda bertelagah dengan GAM ini. Gunakan masa untuk menceritakan peluang anda kepada sesiapa yang sudi mendengar dan berfikiran terbuka :)
August 2nd, 2010 at 8:15 am
salam najib,
sy suka dgn entri ni.mmg byk org diluar sana masih tidak faham konsep sebenar MLM dan masih memandang negatif tanpa menilai terlebih dahulu.
Izinkan sy oopy entri anda yerr..
August 2nd, 2010 at 10:11 am
Salam suelynnda, mmg susah untuk membetulkan persepsi orang ramai kerana masih ramai yang menyertai syarikat yang bertopengkan MLM.. money laundering.
Boleh sahaja hendak copy, tapi letakkan link website http://www.perfectexcel.com di bawah artikel yang dicopy.
Terima kasih
August 2nd, 2010 at 11:55 pm
mungkin anti MLM ni ada sebab beberapa kegagalan mereka yg lepas dalam MLM ataupun mereka dengar tentang kegagalan rakan-rakan mereka.
August 3rd, 2010 at 2:00 am
Yup, memang betul saudara fazli!
August 3rd, 2010 at 2:45 am
sudah diterangkan kpd mereka ade MLM yng rosak dgn benar…tapi mereka ckp kata fatwa suma MLM haram polak…
bagus ayat nie..suspek bkn prospek…
March 3rd, 2011 at 4:17 pm
salam,nice entri najib,
btw saya suka jumpa dgn G.A.M:)
mmg ramai rakyat Malaysia ceburi MLM secara sedar atau tak sedar.
ramai jgk G.A.M yg saya cloroxkan dan mereka ceburi..hehe..puassss..