Sat 30 Jan 2010
Assalamualaikum,
Apa khabar para pembaca PerfectExcel? Diharapkan pekerjaan dan perniagaan anda dalam keadaan yang bagus. Khas untuk para peniaga di luar sana, mesti perniagaan anda ada pasang surutnya kan. Hal ini tidak dinafikan oleh mana-mana peniaga pun termasuk saya sendiri terutamanya pada tahun lepas di mana ekonomi agak merundum. Anyway, be strong body and soul dan jadikan kesilapan masa lalu sebagai pengajaran dan janganlah diulangi lagi. Untuk saya sendiri, sekiranya melalui kesusahan dalam perniagaan, saya tidak akan sekali-kali menyalahkan orang lain, tetapi saya bertanya kepada diri sendiri
”Apa tindakan yang harus AKU lakukan?”.
Ya, kita sendiri kena buat action, bukan Gopal, bukan Sharifah, bukan Ah Cheong, bukan Ibrahim atau siapa-siapa pun sebab nasib kita tidak bergantung kepada orang lain, always remember that!).
Contohnya dalam MLM, jangan sekali-kali fikir apa yang downline aku boleh contribute, apa upline aku boleh bantu, apa Perdana Menteri boleh bantu, apa bank boleh bantu? Memanglah upline boleh bantu, tetapi ada caranya dalam MLM contohnya dengan membantu anda mengadakan home party, menyediakan kelas-kelas MLM (yes, to success in MLM, you must be teacheable man!). Kita mesti sedia belajar walaupun setinggi mana pun IQ (IQ=Intelligent quotient) kita, kerana pelajaran MLM yang melibatkan EQ (EQ=Emotional quotient) tidak diajar di sekolah atau universiti. Jikalau anda susah nak hadiri kelas-kelas atau seminar seperti ini, jangan salahkan upline, downline atau sideline jika anda masih gagal dalam MLM. Asyik-asyik gagal. Aiyaa..
Sebagai analoginya, katakanlah anda dah sertai mana-mana MLM, ditakdirkan anda jatuh miskin dan tiada apa di rumah untuk dimakan. Adakah upline anda, downline anda atau sideline anda akan datang menghantar nasi ke rumah setiap hari, selama-lamanya? Sudah tentu tidak! Ini dah cukup membuktikan bahawa susah senang anda dalam MLM TIDAK bergantung kepada upline, downline atau sideline anda. Mereka juga sedang bertungkus lumus nak memajukan diri, nak memberi anak isteri mereka makan, nak menyekolahkan anak-anak mereka. Jadi bagaimana dengan kita yang masih melopong mengharapkan bantuan pihak-pihak ini, masih marahkan pihak-pihak ini yang kononnya menyebabkan kita gagal dalam MLM? Alamatnya mati kering lah kita! (jika masih tak make action).
So, jangan fikirkan apa yang orang lain kena contribute kepada kita, tetapi fikirkan apa yang boleh kita contribute kepada diri sendiri dan orang lain (anak, isteri, suami, ibu bapa, masyarakat etc). Sekali lagi, to success in MLM or any other business, just be teacheable and take action immediately. Selain daripada itu, jangan malu atau rasa rendah diri jika kita pernah gagal dalam MLM atau mana-mana perniagaan pun kerana menurut salah seorang jutawan Malaysia, Mr. Billi Lim
“Achievers fail many more times than non-achievers”.
So, mana satu pilihan anda, achievers atau non-achievers? You decide.
Wassalam and regards!
p/s: Saya ada downline dari Muar Johor yang menunggang motorsikal Modenas (bukan RXZ ye) untuk pergi ke kelas 3 jam kami di Bangi Selangor (waktu malam). Perjalanan menaiki motorsikal beliau mengambil masa selama 4 jam dari Muar ke Bangi. Semoga Allah memberkati usaha-usahanya dan semoga kejayaan dan kekayaan menjadi milik beliau. Ya, effort to success is very hard man!

