Mon 9 Aug 2010
Jadilah produk kepada produk! Ini adalah kesalahan yang paling utama dan saya anggap serius kepada pengedar yang baru. Ramai pengedar baru tidak pernah mencuba produk yang mereka jual. Tidak kira betapa kreatif mereka manyusun kenyataan palsu mengenai kebaikan produk tersebut ke atas diri mereka, prospek dapat melihat sendiri kepalsuannya.
Keyakinan akan datang apabila anda 100% percaya terhadap nilai atau faedah produk tersebut kepada diri anda. Pengedar yang terbaik di dalam dunia ini adalah seseorang yang ingin menyediakan kebaikan atau faedah produk/perniagaan kepada prospek dan bukannya semata-mata mengejar komisen atau bonus yang besar. Apabila wang menjadi perkara utama, banyak pengedar tidak dapat bertahan lama dan menemui kegagalan. Prospek atau pelanggan dapat melihat keikhlasan hati budi anda sewaktu berjumpa. Kalau anda asyik memikirkan mengenai berapa bonus yang akan anda dapat dan wang, wang dan wang, prospek akan dapat melihat RM, RM kedua belah mata anda, macam dalam cerita kartun. Anda perlu fikirkan perkara yang terbaik untuk prospek atau pelanggan anda. Letak ketepi kepentingan atau keuntungan anda. Lupakan mengenai wang; bonus yang banyak secara automatik jika anda lebih mementingkan pelanggan atau prospek daripada diri anda sendiri.
Berbalik kepada jadilah produk kepada produk. Penggunaan produk tersebut oleh anda sendiri dan ahli keluarga anda merupakan suatu yang kritikal. Untuk benar-benar membina perniagaan anda adalah penting bagi anda untuk mewujudkan pengalaman produk anda sendiri. Ini bukan sahaja membantu membina kepercayaan anda terhadap perniagaan dan produk, tetapi ia juga menunjukkan komitmen kepada perniagaan dan produk melalui tindakan anda. Dalam erti kata lain, anda perlu menjadi hasil kepada penggunaan produk tersebut.
Menunjukkan kepercayaan anda terhadap produk jualan anda merupakan perkara yang asas di dalam perniagaan ini. Cuba fikirkan, jika anda didatangi oleh seorang pengedar jus kesihatan dan ingin menjual produknya, tetapi dia sendiri terbatuk-batuk dan tidak bertenaga. Atau seorang jurujual kereta Proton yang memandu kereta Perodua. Mahukah anda membeli produknya? Tepuk dada tanya selera.
August 9th, 2010 at 9:30 pm
ramai yang baru menyertai MLM cuma menunjukkan bukti income upline mereka sebab mereka punya belum boleh dijadikan contoh lagi. hehehe…
August 10th, 2010 at 2:33 am
Haha.. sangat setuju dgn Fazli. Siap buat copy income upline.. :)