Sat 11 Aug 2007
RAMAI beranggapan kerjaya dalam bidang jualan langsung tidak menjanjikan masa depan yang cerah.
Tanggapan itu ternyata meleset kerana sudah banyak bukti mereka yang berkecimpung dalam bidang berkenaan bukan saja mampu menyara hidup masing-masing, malah pendapatan boleh mencecah enam angka sebulan jika benar-benar komited.
Persepsi negatif mengenai bidang itu mungkin timbul kerana kekeliruan. Terdapat syarikat jualan langsung yang sentiasa memberikan ceramah membantu mereka yang berminat menyertai bidang itu supaya lebih memahami bagaimana untuk berjaya dalam bidang berkenaan. Ia bukan saja mempunyai pasaran yang luas dan sentiasa berkembang, malah sentiasa menawarkan peluang mendapat pendapatan kepada sesiapa saja.
Sesiapa saja boleh terbabit dalam bidang itu yang menjanjikan hasil lumayan termasuk graduan yang baru menamatkan pengajian dan mereka yang sudah bekerja. Apa yang sangat menarik mengenai bidang ini ialah ia tidak memerlukan pengalaman atau kelulusan dalam bidang tertentu. Yang penting ialah keinginan kuat untuk berjaya.
Bidang jualan langsung memberikan nilai kerja yang baik kepada individu kerana ia menanam semangat juang yang kuat dan daya kepimpinan yang tinggi. Sesiapa yang berminat menyertai bidang itu sama ada secara sambilan atau sepenuh masa akan dilatih dan dipimpin untuk berjaya.
Terdapat syarikat yang membuat banyak pelaburan dalam menjalankan kursus dengan menyediakan pelbagai kursus untuk ahli yang baru masuk bagaimana untuk mengembangkan kerjaya dalam bidang ini dan meningkatkan pendapatan. Kerja ini sangat mudah sebenarnya dan tidak mengambil banyak masa dan digalakkan membuat jualan melalui pengalaman. Maksudnya, anda ambil dulu produk, rasakan kesannya dan sudah tentu anda akan menyarankan kepada rakan dan keluarga dan begitulah perniagaan itu akan berkembang.
Secara tidak sedar ia menjadi satu kumpulan perniagaan dan yang untung adalah anda kerana pendapatan semakin bertambah. Ramai golongan profesional membabitkan diri dalam bidang jualan langsung.
SAlah satu syarikat MLM yang terbaik di Malaysia dan menyediakan bonus dan insentif yang menarik kepada ahlinya ialah Lifestyles International Sdn Bhd yang berasal dari Kanada ditubuhkan pada 2001 di Malaysia adalah satu-satunya syarikat di dunia yang mendapat hak mengeluarkan produk kesihatan berasaskan