Tue 3 Aug 2010
Sebelum menyertai atau melakukan perniagaan ini, anda sepatutnya melakukan sedikit penyelidikan dan maklumat mengenai stategi pemasaran MLM. Anda mesti berhubung dengan orang yang berpengalaman dalam bidang pemasaran MLM. Jika upline anda pun baru berjinak-jinak dengan bidang ini, minta nasihat leader atasan anda. Tidak ada maknanya jika leader tersebut tidak mahu membantu anda. Leader yang terbaik adalah leader yang bersedia untuk membantu orang bawahan mereka tidak mengira status atau pangkat mereka, lebih-lebih lagi pengedar yang baru.
Menaja orang berminat dengan program anda dengan sewenang-wenangnya bukanlah satu kejayaan yang menjamin masa depan anda dalam bidang ini. Minat sahaja tidak mencukupi. Mereka seharusnya mempunyai keinginan untuk berjaya dalam hidup dan sedia meluangkan masa untuk belajar serta melakukan perniagaan ini secara serius. Jika ciri-ciri ini ada pada prospek anda, maka merekalah seumpama berlian yang belum digilap. Bersedialah untuk bekerjasama dengan mereka. Satu hari nanti, mereka akan menjadi seorang yang berkaliber, berkemahiran dan berpengalaman di dalam bidang ini yang akan membantu anda membina jaringan.
Jangan jadi desperado! Jangan jadi seorang yang mendesak, terdesak dan terus sesak… sesak nafas. Jadi seorang yang bersabar di dalam perniagaan ini. Ramai yang saya lihat, ramai pengedar baru terlalu terdesak untuk menaja. Pakai tangkap muat sahaja. Ataupun mereka menjanjikan perkara yang tidak pernah diajar sewaktu mereka menjadi pengedar. Misalnya, mereka sendiri yang akan tolong menjual pakej permulaan downline mereka. Beritahu saya, berapa orang yang tahan untuk melakukan perkara ini semua, kalau seorang downline boleh tahan lagi, kalau prinsip ini diteruskan untuk downline yang lain, apa yang akan anda dapat? PENAT! Anda melakukan semua kerja di bawah jaring anda. Ini bukan lagi Multi Level Marketing, ini No Level Marketing.