Sat 10 Jul 2010
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda, pembaca blog perfectexcel.com! Saya harap anda semua dalam keadaan yang terbaik!
Terdapat satu aplikasi terbaru di blog kami iaitu MLM Coaching Program di mana terdapat satu area khas untuk semua pengedar di bawah kami. Buat masa ini kami hanya memberikan akses kepada ahli-ahli kami. InsyaAllah, kami akan cuba membuat modul latihan ini secara umum agar anda semua boleh mendapat akses dan sedikit sebanyak mempelajari selok belok bisnes MLM ini. Jika anda mahukan program latihan ini secara umum, anda boleh tuliskan komen di bawah dan apa yang anda mahukan dari sesi latihan nanti. Mungkin juga, bayaran yang sanggup anda laburkan untuk program latihan ini.
Kenapa anda perlu program latihan ini?
Program ini dapat menjimatkan banyak masa anda untuk melakukan perniagaan MLM. Kenapa? Kami akan mengajar cara bisnes MLM yang sebenar dan berkesan setelah apa yang kami sudah lalui, kekecewaan yang kami hadapi dan kegagalan yang kami tempuhi. Yang paling penting, anda tidak perlu lalui itu semua. Jadi anda dapat membina rangkaian anda dengan cepat dan menjimatkan banyak masa anda. Dalam program ini, anda akan pelajari, bagaimana untuk:-
- membezakan mana satu prospek dan mana satu suspek
- mengambil hati prospek
- membuat pembentangan dengan berkesan
Setelah anda mahir dengan proses tajaan ini, anda akan pelajari bagaimana untuk :-
- menguruskan dan mengembangkan rangkaian anda
- menguruskan masa anda sebagai leader
- melahirkan leader dalam kumpulan anda
- melatih leader bawahan anda
Setelah anda menghabiskan sesi latihan ini, anda akan fahami asas yang paling penting dalam bisnes MLM ini. Ingat, anda tidak perlu mengembangkan rangkaian anda, anda cuma melatih orang bawahan anda dan mereka akan mengembangkan kumpulan anda. Ini sistem duplikasi.
Nasihat kami, agar anda semua melakukan bisnes MLM ini dengan penuh integriti, jujur dan memahami bisnes MLM ini beroperasi secara sebenar. Percaya yang anda boleh lakukannya! Buat perancangan masa, strategi dan langkah demi langkah untuk mencapai impian anda.
Selamat maju jaya!