Satu fenomena yang saya pasti sedang melanda banyak networkers. Sudah daftar jadi ahli, lepas itu SENYAP. Adakah salah mereka? saya rasa TIDAK. Cuba bayangkan jika anda merekrut seorang askar untuk berperang, tetapi anda tidak menyediakan senjata untuknya. Adakah mereka sedia untuk berperang? Berikut adalah perkara yang perlu anda ambil berat sebelum anda menyalahkan downline duduk diam…..

  • Adakah saya menaja prospek yang betul untuk menjalankan bisnes ini?
  • Adakah saya sudah menyediakan latihan ilmu produk untuk pengedar baru?
  • Sudahkah saya berikan masa yang mencukupi kepada mereka untuk belajar bisnes?
  • Sudahkah saya memotivasikan mereka secara kosisten dan persis untuk berjaya?
  • Adakah anda pasti pengedar anda melakukan aktiviti jualan dan tajaan?
  • Sudahkah anda sediakan cara/ strategi/ sistem untuk pastikan mereka dapat menaja & menjual?
  • Adakah anda menyediakan latihan yang intensif seperti….
    • menyediakan senarai prospek
    • tetapkan jadual harian
    • tetapkan matlamat, nampakkan matlamat itu jelas
    • cara atasi penolakan
    • cara menjual
    • cara bercakap
    • cara membuat hubungan professional
    • bagaimana untuk menutup apabila membuat penerangan
    • apa yang perlu anda terangkan kepada prospek (industri, syarikat, produk, latihan, pelan pemasaran)