Tips MLM: Kenapa anda gagal dalam MLM?

Ah Chong pemalas : “Saya telah menyertai syarikat MLM ini dan ianya adalah program yang teruk. Sebab itulah tidak ada harapan untuk saya membuat duit di syarikat MLM ini.”
Maniam: “Apa program MLM atau syarikat patut buat untuk awak?”
Ah Chong pemalas: ”Mereka patutnya jadikan saya kaya!”
Maniam: “Oh I see, dan apa yang patut anda lakukan?”
Ah Chong pemalas: “Apa maksud awak?”
Maniam: “I mean, apa tugas yang patut anda lakukan?
Ah Chong pemalas: “?”

Straight to the point , ramai orang yang menyertai MLM gagal. Satu kajian menunjukkan 98% gagal setelah menyertai MLM. Jadinya ada 2% sahaja yang berjaya. Wahh.. sikitnya yang berjaya. Tetapi begitulah hakikatnya. Setelah saya membuat kajian, berikut adalah beberapa jawapan untuk soalan Kenapa anda gagal dalam MLM?

  • Ramai orang yang menyertai MLM sebenarnya, tidak tahu apa maksud MLM (pemasaran berperingkat / Jualan langsung). Saya boleh katakan ini adalah silap orang atasan (upline) kerana tidak menunjukkan pelan strategi yang betul. Konsep MLM sangat penting kerana anda membuat perniagaan ini berpandukan pelan strategi tersebut.? Jadi nasihat saya kepada upline, berikan komitmen anda 100% mahupun 120% untuk downline anda bagi menerangkan konsep perniagaan syarikat MLM anda.
  • Ada juga orang setelah menyertai MLM tidak percaya dengan sistem pelan pemasaran yang boleh mendatangkan hasil. Malah orang tersebut tidak mempercayai upline yang ingin membantunya. Meraka katakan syarikat MLM menjalankan satu skim penipuan dan mereka telah ditipu.
  • Pengaruh luaran membuat anda gagal. Pengaruh negatif ini memang satu unsur yang merbahaya. Malah pengaruh negatif ini datang dari orang sekeliling anda, iaitu kawan, keluarga, dan jiran anda. Mereka selalu memperkatakan benda-benda buruk tentang perniagaan anda, walaupun mereka tidak tahu apa yang anda niagakan. Itu sudah sememangnya lumrah manusia, sakit hati dengan kejayaan dan usaha orang lain. Bukannya untuk memberikan galakkan malah dicemuhnya. Jangan bimbang anda melakukan perniagaan yang halal. Jadi jangan takut!
  • Anda tiada keyakinan. Tanpa keyakinan mana mungkin anda dapat menerangkan dan menjual sesuatu barang kepada seseoran. Lama kelamaan meraka ini akan malas meneruskan perniagaan yang disertai lalu putus asa dan berhenti melakukannya. Selalunya tiada keyakinan ini datang selepas anda tidak mempercayai MLM ini.
  • Anda berhenti melakukannya. Kebanyakkan orang akan berhenti setelah 6 bulan ataupun setahun menyertai MLM. Ini datangnya dari pengaruh luaran yang buruk dan juga tekanan kerja (jika anda lakukan MLM secara part time).
  • Mempunyai upline yang tidak berkaliber. Ini merupakan perniagaan kumpulan.? Anda memerlukan bantuan downline dengan? sokongan upline. Tanpa upline yang aktif, anda juga tidak akan aktif. Bapa borek anak rintik.
  • Bukan orang sekeliling sahaja yang negatif, terdapat juga ahli-ahli atau pengedar yang negatif. Mereka memberitahu kepada ahli yang baru mengenai sistem MLM dan upline mereka yang teruk. Sebenarnya mereka yang teruk bukan MLM atau upline tersebut kerana mengumpat!
  • Penipuan terdapat di mana-mana. Kebanyakan skim piramid menganggap diri mereka adalah MLM. Mereka mengajak prospek menyertai di bawahnya untuk membina satu empayar perniagaan. Mereka mengubah konsep dan menipu prospek.? Apabila orang itu mendapati itu adalah penipuan, mereka tidak akan lagi mempercayai MLM. Apabila seseorang tidak mematuhi janjinya sekali, orang tidak akan mempercayainya seumur hidup. Orang tersebut tidak akan ingin mendengar perkataan MLM walaupun itu bukan penipuan.
  • Ramai orang setai MLM kerana desas desus yang mengatakan MLM itu mudah. Mudah tanpa bekerja banyak. Mudah untuk mencapai kebebasan kewangan. Tidak semudah itu. Tiada kejayaan yang datang bergolek tanpa berusaha. Berusaha mempelajari selok belok perniagaan, produk yang dijual dan lain-lain.

Cukup setakat ini, mungkin pada satu hari nanti saya ada lagi jawapan yang lain, saya akan berkongsi dengan anda semua. Jika anda percaya MLM boleh membantu anda beroleh pendapatan, teruskanlah. Jika anda berasa MLM satu program penipuan, cuba fahaminya dahulu sebelum membuat tindakan melulu. Jika anda berasa MLM tidak mendatangkan apa-apa malah banyak wang yang mengalir keluar dari masuk, jadi jangan sertai dan tinggalkannya. Tepuk dada tanya selera. Selamat hari minggu!

Comments(6)
  1. marketing director April 24, 2008
  2. otai May 11, 2008
  3. saudagar kedah May 16, 2010
  4. puchong rider November 29, 2010
  5. arnie December 20, 2010
  6. 369 victim April 18, 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *